Assalamualaykum warohmatullohi wabarokatuh..
Hidup ini adalah untuk diuji Sahabat PENCARIANKU.
Ujian itu tidak akan pernah ada hentinya .
Selagi kita diuji itulah yang Insya Alloh kita akan mengerti akan Makna hidup.
Jadi bersyukurlah… Dari Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ DiriNya di sebalik semua ujianNya.
Pada ujian sakit, Allah kenalkan DiriNya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya.
Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu pertanda kenal kita belum sempurna.
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa.
Dari situlah perjalanan hati ini sewajarnya yang harus kita pacu.
Senantiasa berprasangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita harus diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.. Waallohu A'lam bishowab..
Wassalamualaykum Warohmatullohi Wabarokatuh..