SALAM HANGAT »TheKiFOT« “Kesuksesan ataupun kegagalan masa depan Anda tergantung dari keputusan Anda saat ini, Di mana ada kemauan dan keberanian untuk memutuskan, di situlah kesuksesan menanti Anda. Tapi yakinlah bahwa tidak ada kata terlambat untuk memulainya”.

Janganlah Mencemuh dan Merendah-rendahkankan Orang Lain.KENAPA??

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman seperti yang terdapat pada pangkal ayat “Wahai orang yang beriman…..” Ayat ini menerangkan tentang etika kehidupan orang-orang yang beriman. Etika ini adalah dalam bentuk peringatan daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman supaya sesuatu kaum ynag beriman itu tidak mengolok-olokkan kaum beriman yang lain seperti dinyatakan dalam ayat kedua yang bermaksud,”Janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain.”Ini adalah kerana ada kemungkinan kaum beriman yang diperolok-olokkan itu adalah lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan itu.

Peringatan ini disampaikan dengan cara yang halus tetapi tepat. Orang yang beriman seharusnya sentiasa muhasabah diri untuk melihat kekurangan pada dirinya. Orang yang tidak beriman sahaja yang boleh menghina orang lain kerana mereka menganggap diri mereka sempurna. Dengan demikian, tidak mungkin orang beriman boleh merendah-rendahkan saudara sesama Islam yang lain.


Seterusnya ayat berikut pula yang bermakna,” Dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan wanita yang lain; kerana boleh jadi yang diperolok-olokkan itu lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan). Ayat ini mengingatkan pula kaum wanita supaya tidak melakukan perkara yang sama iaitu merendah-rendahkan wanita lain yang beriman. Larangan ini tidaklah terbatas kepada lelaki yang beriman sahaja. Pentafsir menjelaskan lagi keterangan ayat–ayat ini dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi seperti berikut:

“Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan memandang rendah manusia.”

Berdasarkan hadis ini mesej yang hendak disampaikan ialah perlakuan memperolok dan merendahkan orang lain itu adalah sikap orang yang sombong. Orang sombong merasa diri mereka sempurna dan tiada cacat celanya. Maka itu mereka tidak akan dapat menyedari kekurangan mereka sedangkan sebenarnya merekalah yang punya banyak kelemahan dan kekurangan.

Ayat berikutnya yang bermaksud,” Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri.” Ayat-ayat sebelum ini melarang keras orang beriman mencela orang beriman yang lain sedangkan ayat ini menekankan tentang pencelaan diri sendiri yang juga turut dilarang. Mengikut pentafsir perbuatan mencela dan mengaibkan orang lain itu akan mengakibatkan orang yang dicela dan diaibkan itu mencela dan mendedahkan keaiban mereka yang mencela pula sebagai tindak balas. Maka perbuatan mengaibkan orang lain itu samalah seperti mengaibkan diri sendiri.

Menghina orang merupakan satu perbuatan yang dilakukan apabila kita marah. Dengan perkembangan teknologi, kadang-kadang laman sosial dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan marah dengan perkataan yang kurang enak dibaca. Ini sekaligus menjadikan medium laman sosial yang sepatutnya di jadikan sebagai tempat mengeratkan perpaduan bertukar kepada tempat berbalah.


Dalam kehidupan seharian pun kita seringkali melihat atau membuat penghinaan kepada individu, bangsa, organisasi dan sebagainya. Kadangkala ada yang tidak bermaksud untuk menghina tetapi secara tiba-tiba terkeluar samada dari mulut, tulisan dan sebagainya. Antaranya :-

1. Menggunakan perkataan k***** yang mengambarkan bangsa India. Perlu diingat menghormati bangsa lain adalah amat penting. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang mereka tidak sukai. Kalau kita ingin bangsa dihormati maka hormatlah bangsa lain..


2. Mempermainkan nama bapa, emak, saudara mara dan individu. Teringat di waktu kecil-kecil dulu selalu bebudak sekolah mempermainkan nama bapa. Mungkin waktu tu kecil dan tiada perasaan. Tapi bila dah mula menginjak dewasa pasti terasa kalau nama bapa diejek.


3. Pernah tulis pasal ‘jakun’ ni. Tapi nampak masih ramai yang umpamakan ‘jakun’ dengan ‘kolot’ dan tak tau apa. Kalau kaum kita dikutuk kolot pasti marahkan?


4. Menghina pekerjaan orang lain. Janganlah disebabkan anda mempunyai pangkat dan pekerjaan yang selesa maka anda hina orang yang berkerja dalam keadaan kotor. Ketahuilah bahawa setiap pekerjaan ada kepentingan dalam muka bumi ini. Kalau dulu orang memandang rendah pada profession penoreh getah, sekarang cuba pandang mereka. Pendapatan sebulan lebih tinggi dari seorang pegawai kerajaan tu..


5. Menghina hasil karya seseorang. Mengkritik tu boleh bagi membantu para pengkarya tapi mengutuk yang melampau seperti ‘berlakon macam kayu’, ‘menulis blog macam budak sekolah’ , ‘suara cam katak’ adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Sekurang-kurangnya mereka berani untuk menonjolkan bakat yang mereka ada. Kebiasaanya yang menghina tu, tak terlibat langsung dalam bidang tu.


6. Menghina fizikal. Ramai yang kadangkala antara sedar dan tidak menghina fizikal orang. Perkataan gemuk, pendek, buruk dan sebagainya merupakan kata-kata hinaan yang sering diluahkan. Mungkin kita tak sedar bila menyebut perkataan-perkataan berikut.Bila terkena ,sedih kan??


7. Menghina binatang. Selalu je binatang bernama ‘babi ‘ dijadikan sebagai bahan cercaan. Kesian, walaupun mempunyai tabiat yang pelik namun ianya tidak patut dihina. Bagaimana kalau ‘babi’ tu tiba-tiba mempunyai akal dan fikiran. Pasti antara perkara yang ingin diminta adalah supaya manusia meminta maaf terhadap mereka. Ataupun saman malu terhadap manusia-manusia. Memang parahkan?


8. Menghina diri sendiri. Ia bukan bermaksud memaki hamun diri tapi melakukan perkara-perkara yang melampau sehingga memalukan diri sebagai manusia normal. Rasanya mungkin anda dapat faham maksudnya. Kalau tak faham pun buat-buat fahamlah kan.

                                    
saya ketika di kubur arwah bapa mentua..hening dan insaf menghantui diri

Isu ini memang sangat sensitif. Kenapa kita perlu persoalkan bentuk tubuh orang ? Ada ka kalau seseorang tuh KURUS, akan menyebabkan orang dekatnya turut KURUS ? Atau ada kah kalau seseorang tuh GEMUK, akan menyebabkan orang dekatnya turut GEMUK ? Tak perlu la mempersoalkan fizikal seseorang kerana itu semua telah ditentukan olehNYA. Kita hanya sebagai pelakon di pentas dunia yang fana ini. Sejujurnya cuba kita meletakkan posisi kita di tempat orang yang berbadan "GEMUK".

Sanggup kah kita mendengar orang2 sekeliling kita mengejek2 kita DEBAB, TONG DRAM, dan banyak lagi. SANGGUP KAH ANDA ? Kita hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan dan bukan haiwan. Sedangkan haiwan pun mempunyai perasaan. Tolong la mengerti perasaan orang ~ Jangan terlalu suka menghina fizikal orang, cuba lihat diri kamu sendiri sudah cukup sempurna untuk menilai orang.WALLAHUALAM~

Segala yang baik datangnya daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri~ :)


siapa pun anda,tua ke,muda ke,kaya ke,miskin ke,gemuk ke,kurus ke,raja ke hatta rakyat biasa sekalipun...ke'tempat'ini jugalah rumah terakhir kita...jadi jangan sesekali menghina sesama manusia...


Artikel Terkait:

SEMOGA BERMANFAAT, SALAM THEKIFOT
TERIMAKASIH SOBAT SUDAH MAU MAMPIR KE BLOG TheKiFOT, Silahkan Jika Ada Artikel Yang Bagus di Blog Ini Saya Izinkan Untuk "Mengcopy,Paste" Dengan Syarat Sertakan Seumbernya Yang Lengkap., Hormat Saya »TheKiFOT« Pemilik Tunggal Blog Ini.Terimakasih.
oncopy="return false;"